Monday 30 July 2012

Hmmm...Zaman Sekarang

"Kartun nak free. Karikatur nak free. Majalah pun nak free. Beras, api dan air di rumah aku bukannya free." - Kartunis Bijan

Sangat setuju.

Sudah lama saya hairan. Orang gemar meminta secara percuma sesuatu yang melibatkan seni lukis seperti kartun, komik, novel grafik dan karikatur. 

Sejak menceburi bidang komik, sudah ramai orang meminta daripada saya komik percuma, padahal mereka mampu membelinya. Kredit telefon RM10 boleh beli setiap hari, setakat komik RM6.90 takkan tak mampu?

Ada beberapa sebab mengapa anda tidak boleh meminta komik secara percuma daripada pelukisnya:

1. Pertama sekali, perbuatan meminta-minta adalah sesuatu yang tidak digalakkan dalam Islam, lebih-lebih lagi meminta sesuatu yang mampu dibeli sendiri. Anda boleh cari sendiri hadis-hadis berkaitan.

2. Satu-satunya cara bagi menyokong komik tempatan adalah dengan membeli komik tempatan. Kalau setakat minta daripada pelukis, pinjam kawan, ataupun tunggu ada komik online, itu bukan menyokong namanya. Nanti, kalau satu hari nanti industri komik tempatan musnah, anda juga yang rugi sebab tidak lagi dapat baca komik tempatan.

3. Terus-terang saya cakap, melukis komik adalah kerja yang sangat sukar. Bagi menghasilkan satu novel grafik, pelukis perlu bekerja keras siang dan malam, korbankan masa tidur, berhibur dan sebagainya. Selepas bersusah-payah terbitkan novel grafik, tiba-tiba orang minta secara percuma. Banyak cantik?

4. Pelukis komik bukannya orang kaya, boleh sesuka hati berikan komik percuma kepada semua orang. Kalau mereka kaya, mereka takkan bersusah-payah melukis komik. Lebih baik duduk goyang kaki main PS3 sambil belai kucing dan makan anggur.

5. Pemberian komik percuma, komik online, satu beli sepuluh pinjam, semua itu adalah faktor kepada kemusnahan kerjaya pelukis komik. Anda mahu pelukis komik tempatan hasilkan komik hebat, setanding komik Jepun, US dan sebagainya. Tetapi, anda sendiri tidak mahu keluarkan wang beli komik tempatan. Macam mana nak maju?

Oh, ya. Ada beza yang besar di antara meminta percuma dan dihadiahkan secara sukarela.

Akhir kata, belilah sekiranya mahu baca. Jangan minta-minta. Tak cool. Okey? (^_^
)

No comments:

Post a Comment